-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Persaraan Pn. Hjh. Norasikin bt. Ismail

          Pn. Hjh. Norasikin binti Ismail merupakan pensyarah kanan dalam Bidang Pendidikan Prasekolah yang mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan Prasekolah. Beliau tidak pernah kedekut ilmu untuk berkongsi idea dan pengalaman dengan rakan pensyarah serta membimbing pelajar supaya menguasai konsep, kemahiran dan menerapkan nilai murni sebaik mungkin.

          Beliau jugalah yang berinisiatif untuk merancang dan membangunkan ruang pameran hasil pembelajaran pelajar serta mewujudkan ruang kolam ikan mini di Bangunan Ilmu Pendidikan.

          Pn. Hjh. Norasikin akan bersara pada 31 Jan 2016 kerana persaraan wajib. Seluruh warga Jabatan Ilmu mendoakan beliau sihat dan bahagia bersama keluarga dan dilimpahi rezeki.

Duduk- dari kiri: Dr. Kamisah bt. Buang, Pn. Hjh. Normah bt Mat Daud, Pn. Hjh. Norasikin bt Ismail dan Pn. Hjh. Fadhilah bt. Aspar.
Berdiri - dari kiri: Pn. Rozita bt. Rahmat, Pn. Teresa Seow Sieu Kian, Pn. Saedah bt. Sukiran, Pn. Tan Sok Phiaw, Pn. Noor Aziza bt. Jasmon, Pn. Faridah bt. , Pn. Haslina bt. Muhamad, Pn. Siti Saleha bt. Samsuri, Cik Sumitra Kan Fong Kuen, Dr. Ong Chiek Pin, Pn. Maznah bt. Madu dan Nor Aziza bt Anuar.


Klik untuk membaca:

PengenalanMajlis Perpisahan Bersama Pelajar | Jamuan Perpisahan | Majlis Persaraan Rasmi






No comments: